Kekuasaan dan prosedur Dewan_Negara_Malaysia

Senat mungkin memulakan legislasi, kecuali bagi perkara-perkara fiskal dan kewangan. Ia mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan. Apa-apa cadangan legislasi mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kemudian, ia dihadapkan ke Dewan Negara dalam tiga bacaan. Pada permulaannya, pencadang legislasi akan menghadapkannya ke perhimpunan. Kali keduanya, rang undang-undang atau "bill" akan didebatkan. Kali ketiga, satu undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan. Dewan Negara mungkin tidak akan menolak rang undang-undang secara rasmi; ia hanya dibenarkan untuk melewatkan petikan mereka selama satu bulan, atau hingga ke satu tahun di bawah keadaan tertentu. Selepas rang undang-undang itu diluluskan atau tempoh keperluan itu tamat, ia akan dihadapkan ke Yang diPertuan Agong bagi persetujuan DiRaja. Sekiranya Raja bersetuju dengn tidak membantah atau 30 hari tanpa persetujuan diraja, rang undang-undang tadi dihantarkan kembali ke Parlimen dengan satu senarai pemindaan yang dicadangkan. Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen. Sekiranya Agong masih lagi tidak memberikan persetujuan baginda 30 hari selepas rang undang-undang itu dihadapkan kepada baginda, rang undang-undang itu tadi akan menjadi undang-undang secara automatik. Ia tidak memberikan kesan, walau bagaimanapun , sehingga ia diterbitkan dalam gazet kerajaan.[5]

Walaupun ahli-ahli Parlimen biasanya mempunyai kekebalan undang-undang, akan tetapi apabila bercakap mengenai kebebasan bersuara, di bawah Akta Hasutan perbincangan mengenai artikel Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti Artikel 153 adalah menyalahi undang-undang.[6]